Kedah yang didiami hampir dua juta penduduk mempunyai saringan jalanraya yang panjang menghubungkan kampung dan desa serta bandar dan kota. Jalan awam di seluruh tanah air dibahagikan kepada tiga kategori iaitu jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran.
Sejak kebelakangan ini dilihat jalan jalan di Kedah semakin banyak yg dihiasi lubang dan lopak. Ada yang besar dan dalam yang hanya menunggu detik dan ketika untuk menelan mangsa. Rakyat tertanya-tanya kenapa dibiarkan ini terjadi? Kenapa tidak dibaikpulih? Mungkinkah tiada peruntukan atau peruntukan tidak cukup?
Setiap tahun kerajaan persekutuan memperuntukan sejumlah bajet berdasarkan jumlah penduduk dan jarak jalan yang ada di sesebuah negeri. Peruntukan penyelenggaraan jalan negeri ini disalurkan melalui JKR negeri dan di negeri jelapang padi ini, sudah menjadi amalan kerja-kerja penyelengaraan ini diserahkan kepada dua syarikat berkaitan kerajaan negeri iaitu Bina Kuari Sdn. Bhd.(Binak) dan Seri Temin Development Sdn. Bhd.(STDC).
Gambar hiasan
Sehingga kini kontrak penyelenggaraan bagi tahun 2011/2012 masih belum diputuskan perlantikan kontraktor penyelenggara. Kedahhangat difahamkan keputusan tidak dapat dibuat oleh kerana terdapat percaturan di peringkat tertinggi pentadbiran kerajaan yang mahukan sebuah syarikat swasta mendapat kontrak tersebut. Syarikat yang hampir bankrap yang beralamat di Jalan Gangsa ini telah menjadi pilihan pihak tertentu untuk digabungjalinkan dengan STDC bagi membolot kontrak penyelenggaraan yg bernilai jutaan ringgit itu. Kontrak dwitahunan yang telah menjadi amalan sejak sekian lama pula dicadangkan menjadi kontrak 7+3, iaitukontrak selama tujuh tahun dan boleh dilanjutkan dengan tambahan tiga tahun.
Persoalannya sekarang siapakah empunya syarikat tersebut? Tidak mampukah STDC melaksanakan kontrak tersebut secara bersendirian? Kenapa perlu STDC menjalin usahasama dengan sebuah syarikat swasta? Sekiranya perlu, kenapa tidak dipilih melalui tender? Siapakah yang menjadi dalang sehingga kepentingan rakyat diketepikan? Benarkah syarikat tersebut gagal melunaskan hutang yang mencecah lebih sejuta ringgit dengan Binak?
Persoalan-persoalan ini menjadi jawapan kepada kenapa jalan-jalan negeri sehingga kini tidak diselenggara. Jangan kepentingan individu-individu tertentu didahulukan dan kepentingan rakyat dipinggirkan.
Cantekkk...jalan semakin terok, ni dah nak masuk musim tengkujuh lagi terok la jalan....
ReplyDeleteMaklumat terkini JKR Kedah telah menganugerahkan tiga 'work order' kepada tiga kontraktor yang bernilai lebih 800k setiap satu. Tiga kontraktor yang dimaksudkan ialah
1. BINAK
2. STDC
3. Jajaran Utara Sdn.Bhd.
Betoi ka Tok Ayah?
Siapa Jajaran Utara ni,kenapa syarikat persendirian ini boleh dapat kontrak bernilai sama dengan syarikat berkaitan kerajaan?
Jajaran Utara tu bukan Zakaria @ E punya ka? Aku banyak dengaq cerita pasai E ni. Cerita lagi Tok Ayah ooi..... Nak tengok betoi ka dak cerita yang aku dapat.....
ReplyDelete