Thursday, 20 October 2011

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah



Pembinaan bangunan MPSPk yang baru, yang terletak berhadapan menara jam besar ditengah-tengah Bandar Sungai Petani telah mula dibina pada tahun 2008. Projek ini bernilai RM43 juta dan telah dianugerahkan oleh MPSPk kepada syarikat berkaitan kerajaan, Permodalan Kedah Berhad (PKB). Atas dasar untuk membantu untuk menaikkan PKB, projek ini dianugerahkan terus (direct nego) beserta reka dan bina.

Persoalan yang timbul apakah dasar harga yang diambil sebagai harga siling untuk pembinaan ini? Pihak MPSPk tidak langsung memanggil mana-mana kontraktor atau membuka tender pembinaan untuk mengetahui harga siling pembinaan. Pemberian projek ini tidak melalui proses tender yang sepatutnya. Ini menimbulkan persoalan ketelusan pemberian projek ini.

Syarikat PKB telah memberi amanah kepada anak syarikatnya, Pembinaan Sintok Sdn. Bhd. (PSSB). PSSB hanya bertindak sebagai ‘ali baba’ yang mendapat projek ini. PSSB dengan tenaga kerja yang kurang pengalaman, telah menyerahkan keseluruhan pembinaan projek kepada sebuah syarikat swasta, Najwa Bina Sdn. Bhd.

Sekali lagi pihak PSSB tidak memanggil para kontraktor wibawa untuk membuat sebut harga ataupun penggilan tender secara terbuka. PSSB telah menganugerah projek pembinaan secara rundingan terus kepada Najwa Bina Sdn. Bhd (NBSB). Dalam peringkat ketiga pemberian projek MPSPk, pemberian projek secara terus kepada NBSB ini sekali lagi tidak menunjukan ketidaktelusan projek ini.

Persoalan timbul disini mengapa MPSPk menganugerah kepada PKB tanpa tender atau sebut harga? Walaupun alasan boleh diberikan oleh MPSPk untuk membantu anak syarikat negeri, tetapi persoalan lebih besar apakah harga siling sebagai panduan MPSPk? Adakah sekadar mempercayai perunding ukurbahan mengeluarkan buget pembinaan? Adakah MPSPk tidak tahu prosedur-prosedur sebelum perlantikan kontraktor dibuat? Adakah MPSPk mempunyai agenda-agenda tersembunyi dalam penganugerahan projek kepada PKB?

Persoalan terus timbul kenapa NBSB memperolehi projek ini secara rundingan terus? Kenapa PSSB tidak menjalankan pembinaan sendiri? Jika jawapan PSSB tidak mempunyai kemahiran dalam pembinaan, kenapa PKB menyerahkan projek kepada PSSB? PKB boleh membuka tender kepada mana-mana kontraktor secara terbuka. Kronologi pemberikan kontrak daripada MPSPk sampai kepada NBSB menimbulkan seribu persoalan.

Secara amnya, mengapa MPSPk perlukan bangunan baru? Tidak cukupkah bangunan sediada sedangkan masih banyak ruang kosong yang tidak diduduki?

8 comments:

  1. Hangat....perangat lagi, dedah kesemua sekali. Jangan lupa nama, jawatan dan lain lagi. Dedah peghabih Tok Ayah.

    ReplyDelete
  2. Rumah sapa kat bawah tu? Macam kenai saja.

    ReplyDelete
  3. Elok tok ayah bongkar duit 10 juta hilang sapa sapu ketika zaman midin jadi YDP MPSP.duit tu duit rakyat sg petani yg bayr pelbagai cukai, sepatutnya duit tu buat pembangunan untk rakyat.. Elok juga SPRM siasat golongan yang rakus hidup sapu duit rakyat.

    ReplyDelete
  4. Siasat punya siasat last last mcm ru juga depa tak jadi apa pin

    ReplyDelete
  5. Siasat punya siasat last last mcm ru juga depa tak jadi apa pin

    ReplyDelete
  6. Siasat setakat siasat jer la sprm tu

    ReplyDelete
  7. Siasat setakat siasat jer la sprm tu

    ReplyDelete