Tok Ayah nak sambung pula bab isu jalan yang hangat diperkatakan orang ramai 2-3bulan ni. Tok Ayah sebenarnya bukan nak jeles bila projek ni dikurniakan pada Jajaran Utara Sdn Bhd (JUSB)ni, tapi cuma prosedur saja yang tak kena. Kenapa tidak diberikan melalui prosedur tender terbuka atau terpilih? Kenapa perlu dianugerahkan kepada syarikat JUSB ini?
Berbalik pada isu jalan, Tok Ayah dapat info Syarikat yang beralamat di Jalan Gangsa dan telah berhutang dengan satu Syarikat berkepentingan Kerajaan Negeri (BINAK) dan telah diheret ke Mahkamah untuk diisytihar Bankrup dan winding up ( tutup syarikat).
Tok Ayah difahamkan Syarikat Jajaran Utara Sdn Bhd dan sebuah lagi syarikat Kasturi Bakti Enterprise adalah dipunyai pemilik yang sama dan kedua-dua syarikat ini masih menanggung hutang dengan BINAK, mengikut laporan kewangan yang berakhir pada 30 September 2011 yang lepas.
Persoalannya ???
Kenapa syarikat bermasaalah ini diberi keutamaan untuk mendapat kontrak yang bernilai jutaan ringgit?
Adakah ini satu bentuk menyelamat (bail-out)? Sekiranya benar, KENAPA?
Tok Ayah cuba check tengok kononnya tokey syarikat ni dah beli motokar mewah untuk seseorang di wisma darul aman, betoi ka Tok Ayah?
ReplyDeletekalau lah cerita ini benar bagaimanakah untuk diatasi masalah ini,siapakah yang bertanggungjawab atas semua yang berlaku ini
ReplyDelete