Tuesday, 15 November 2011

ADAKAH PROJEK JALAN KEDAH DARUL EEEEEEEEEE.??????????????????

Apa maknanya Penswastaan Jalan-jalan Negeri????????


Penswastaan jalan ialah memberi kontrak kepada syarikat swasta untuk menyelenggara jalan termasuk kerja-kerja membaiki permukaan jalan (premix) atau orang kampung TOK panggil  "tat", menyelenggara rumput, pokok, longkang, kerb, papan tanda, sump "culvert" dan lain-lain yang berkenaan jalanraya.

Kerajaan persekutuan dok buat kerja-kerja penswastaan jalan persekutuan di dalam Negeri Kedah dah lama dah, sejak beberapa tahun yang lalu sehingga sekarang, hasilnya tak dak pun nampak kebaikannya malahan jalanraya semakin berlopak dan amat tidak memuaskan contohnya jalanraya Alor Setar ke Sungai Petani, Wang peruntukkan kliar (habis) dibelanjakan tapi hasilnya jalan bertampong  jugak sana sini.


Ok, mai Tok nak cerita sikit kronologi Projek Penyelanggaraan Jalan di Kedah.

Pada awal 2011 terdapat satu Syarikat dari Kola Lumpo membentang kertas kerja untuk tujuan penswastaan Jalan Negeri Kedah mengikut model kerajaan-kerajaan negeri yang lain yang telah menjalankan penswastaan. ke atas penyelenggaraan jalan-jalan negeri. Kertas Kerja tersebut telah dihantar kepada JKR Kedah untuk dinilai dan seterusnya dibawa kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan.


Tok mendapat maklumat bahawa "Kertas Kerja" tersebut disalin kulit oleh individu tertentu. 'Informer' Tok memaklumkan bahawa Pengawai JKR Kedah berjawatan KETUA PENOLONG PENGARAH JALAN JKR KEDAH yang akan bersara pada bulan nie (Nov 2011) adalah antara nama-nama yang disebut terlibat. Maka riwayat tersebut mengatakan Pengawai JKR KEDAH mengadakan pakatan bersama SYARIKAT JAJARAN UTARA SDN BHD (JUSB). Iaitu Milik ABDULLAH OTHMAN ( Kekanda kepada E ).

Sapa pulak E nie?  Yang Tok tau E ni atau nama penuhnya ZAKARIA OTHMAN seorang kontraktor jalan. Dia nilah yang Tok abag dalam artikel Tok sebelum nie...ingat dak? Yang pejabatnya di Jalan Gangsa tuuu, yang ada utang dengan BINAK tuuuu.......

HAMPA PAHAM DAK YANG TOK DOK BERLETIAQ NI??? KALAU PAHAM, BAGUIH.... KITA SAMBUNG NEXT EPISOD PULA. KALAU YANG TAK PAHAM BOLEH TANYA TOK DI FACEBOOK. Boleh cari FB tok "KEDAH HANGAT" terima kasihhhhhh no!!!!!~~~~~~

Tuesday, 1 November 2011

Syarikat 'bail out' diselamat?

        Tok Ayah nak sambung pula bab isu jalan yang hangat diperkatakan orang ramai  2-3bulan ni. Tok Ayah sebenarnya bukan nak jeles bila projek ni dikurniakan pada Jajaran Utara Sdn Bhd (JUSB)ni, tapi cuma prosedur saja yang tak kena. Kenapa tidak diberikan melalui prosedur tender terbuka atau terpilih? Kenapa perlu dianugerahkan kepada syarikat JUSB ini?
Berbalik pada isu jalan, Tok Ayah dapat info Syarikat yang beralamat di Jalan Gangsa dan telah berhutang dengan satu Syarikat berkepentingan Kerajaan Negeri (BINAK) dan telah diheret ke Mahkamah untuk diisytihar Bankrup  dan winding up ( tutup syarikat).
Tok Ayah difahamkan Syarikat Jajaran Utara Sdn Bhd dan sebuah lagi syarikat Kasturi Bakti Enterprise adalah dipunyai pemilik yang sama dan kedua-dua syarikat ini masih menanggung hutang dengan BINAK, mengikut laporan kewangan yang berakhir pada 30 September 2011 yang lepas.
Persoalannya ???
Kenapa syarikat bermasaalah ini diberi keutamaan untuk mendapat kontrak yang bernilai jutaan ringgit?
Adakah ini satu bentuk menyelamat (bail-out)? Sekiranya benar,  KENAPA?

Tuesday, 25 October 2011

APA DAH JADI DENGAN JALANRAYA DI KEDAH?

Kedah yang didiami hampir dua juta penduduk mempunyai saringan jalanraya yang panjang menghubungkan kampung dan desa serta bandar dan kota. Jalan awam di seluruh tanah air dibahagikan kepada tiga kategori iaitu jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran. 

Sejak kebelakangan ini dilihat jalan jalan di Kedah semakin banyak yg dihiasi lubang dan lopak. Ada yang besar dan dalam yang hanya menunggu detik dan ketika untuk menelan mangsa. Rakyat tertanya-tanya kenapa dibiarkan ini terjadi? Kenapa tidak dibaikpulih? Mungkinkah tiada  peruntukan atau peruntukan tidak cukup?

Setiap tahun kerajaan persekutuan memperuntukan sejumlah bajet berdasarkan jumlah penduduk dan jarak jalan yang ada di sesebuah negeri. Peruntukan penyelenggaraan jalan negeri ini disalurkan melalui JKR negeri dan di negeri jelapang padi ini, sudah menjadi amalan kerja-kerja penyelengaraan ini diserahkan kepada dua syarikat berkaitan kerajaan negeri iaitu Bina Kuari Sdn. Bhd.(Binak)  dan Seri Temin Development Sdn. Bhd.(STDC).
                                                                     Gambar hiasan

Sehingga kini kontrak penyelenggaraan bagi tahun 2011/2012  masih belum diputuskan perlantikan kontraktor penyelenggara.  Kedahhangat difahamkan keputusan tidak dapat dibuat oleh kerana  terdapat percaturan di peringkat tertinggi pentadbiran kerajaan yang mahukan sebuah syarikat swasta mendapat kontrak tersebut. Syarikat yang hampir bankrap yang beralamat di Jalan Gangsa ini telah menjadi pilihan pihak tertentu untuk digabungjalinkan dengan STDC bagi membolot kontrak penyelenggaraan yg bernilai jutaan ringgit itu. Kontrak dwitahunan yang telah menjadi amalan sejak sekian lama pula dicadangkan menjadi kontrak 7+3, iaitukontrak selama tujuh tahun dan boleh dilanjutkan dengan tambahan tiga tahun.

Persoalannya sekarang siapakah empunya syarikat tersebut? Tidak mampukah STDC melaksanakan kontrak tersebut secara bersendirian?  Kenapa perlu STDC menjalin usahasama dengan sebuah syarikat swasta?  Sekiranya perlu, kenapa tidak dipilih melalui tender? Siapakah yang menjadi dalang sehingga kepentingan rakyat diketepikan? Benarkah syarikat tersebut gagal melunaskan hutang yang mencecah lebih sejuta ringgit dengan Binak?

Persoalan-persoalan ini menjadi jawapan kepada kenapa jalan-jalan negeri sehingga kini tidak diselenggara. Jangan kepentingan individu-individu tertentu didahulukan dan kepentingan rakyat dipinggirkan.    

Thursday, 20 October 2011

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah



Pembinaan bangunan MPSPk yang baru, yang terletak berhadapan menara jam besar ditengah-tengah Bandar Sungai Petani telah mula dibina pada tahun 2008. Projek ini bernilai RM43 juta dan telah dianugerahkan oleh MPSPk kepada syarikat berkaitan kerajaan, Permodalan Kedah Berhad (PKB). Atas dasar untuk membantu untuk menaikkan PKB, projek ini dianugerahkan terus (direct nego) beserta reka dan bina.

Persoalan yang timbul apakah dasar harga yang diambil sebagai harga siling untuk pembinaan ini? Pihak MPSPk tidak langsung memanggil mana-mana kontraktor atau membuka tender pembinaan untuk mengetahui harga siling pembinaan. Pemberian projek ini tidak melalui proses tender yang sepatutnya. Ini menimbulkan persoalan ketelusan pemberian projek ini.

Syarikat PKB telah memberi amanah kepada anak syarikatnya, Pembinaan Sintok Sdn. Bhd. (PSSB). PSSB hanya bertindak sebagai ‘ali baba’ yang mendapat projek ini. PSSB dengan tenaga kerja yang kurang pengalaman, telah menyerahkan keseluruhan pembinaan projek kepada sebuah syarikat swasta, Najwa Bina Sdn. Bhd.

Sekali lagi pihak PSSB tidak memanggil para kontraktor wibawa untuk membuat sebut harga ataupun penggilan tender secara terbuka. PSSB telah menganugerah projek pembinaan secara rundingan terus kepada Najwa Bina Sdn. Bhd (NBSB). Dalam peringkat ketiga pemberian projek MPSPk, pemberian projek secara terus kepada NBSB ini sekali lagi tidak menunjukan ketidaktelusan projek ini.

Persoalan timbul disini mengapa MPSPk menganugerah kepada PKB tanpa tender atau sebut harga? Walaupun alasan boleh diberikan oleh MPSPk untuk membantu anak syarikat negeri, tetapi persoalan lebih besar apakah harga siling sebagai panduan MPSPk? Adakah sekadar mempercayai perunding ukurbahan mengeluarkan buget pembinaan? Adakah MPSPk tidak tahu prosedur-prosedur sebelum perlantikan kontraktor dibuat? Adakah MPSPk mempunyai agenda-agenda tersembunyi dalam penganugerahan projek kepada PKB?

Persoalan terus timbul kenapa NBSB memperolehi projek ini secara rundingan terus? Kenapa PSSB tidak menjalankan pembinaan sendiri? Jika jawapan PSSB tidak mempunyai kemahiran dalam pembinaan, kenapa PKB menyerahkan projek kepada PSSB? PKB boleh membuka tender kepada mana-mana kontraktor secara terbuka. Kronologi pemberikan kontrak daripada MPSPk sampai kepada NBSB menimbulkan seribu persoalan.

Secara amnya, mengapa MPSPk perlukan bangunan baru? Tidak cukupkah bangunan sediada sedangkan masih banyak ruang kosong yang tidak diduduki?

Tuesday, 18 October 2011

Selamat Datang ke Kedah Hangat

Selamat datang kepada pembaca yang dahagakan info tentang negeri Kedah yang kita sayangi. Blog ini akan membongkarkan segala isu dan perbuatan yang telah dan dijangka dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjahanamkan negeri yang kita sayangi ini. Blog ini akan membongkarkan sejelas-jelasnya tentang kepincangan yang mereka (penyangak) lakukan.

Pihak admin senantiasa mengalu-ngalukan info hangat untuk dikongsikan bersama-sama pengenguk yang sentiasa dahagakan kebenaran. Sebarang info boleh di email kepada tok.ayah13@gmail.com.

Terima Kasih, Wassalam